Snouck Hurgronje, Dajjal Kecil yang Membinasa Islam di Nusantara..
Snouck Hurgronje, Dajjal Kecil yang Membinasa Islam di Nusantara.. Oleh: takusahrisau Christian Snouck Hurgronje atau lebih dikenali dengan nama Snouck Hurgronje adalah orientalis terkemuka daripada Belanda. Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Oosterhout, Belanda. Bapanya, J.J Snouck Hurgronje adalah seorang paderi dan pendeta Kristian Prostetan. Snouck Hurgronje melanjutkan pelajaran di Universiti Leiden pada tahun 1875 ketika berusia 18 tahun. Pada mulanya beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan teologi namun beliau menukar jurusan pengajiannya kepada jurusan Sastera Bahasa Arab. Beliau meraih gelaran doktor falsafah sastera Arab pada tahun 1880. Kelayakan sebagai doktor falsafah melayakkan beliau menjadi seorang pensyarah bagi calon-calon pegawai Belanda yang ingin dihantar berkhidmat untuk VOC(Syarikat Hindia Timur Belanda) di Hindia Timur(kini dikenali Indonesia). Misi Snouck Hurgronje di Mekah Pada tahun 1884, beliau pergi ke Mekah untuk menda...