Posts

Showing posts from January, 2021

𝐒𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐍𝐢𝐤𝐚𝐡 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐠𝐚𝐦𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐈𝐳𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐢? Oleh Dr Maza

 𝐒𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐍𝐢𝐤𝐚𝐡 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐠𝐚𝐦𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐈𝐳𝐢𝐧 𝐊𝐚𝐝𝐢? Lebih kurang 11 tahun yang lepas, soalan tentang hal ini pernah ditanyakan kepada saya. Saya telah menjawab hal tersebut. Hari ini isu ini dibangkitkan lagi. Sejak dahulu, sesiapa yang membaca artikel saya akan tahu, saya sentiasa mempertahankan hak wanita dan menentang suami yang zalim dan tidak bertanggungjawab. Sesiapa yang berjuang menentang suami yang zalim, saya sepenuh jiwa menyokong. Samada suami monogami atau poligami.  Malangnya, kebelakangan ini ada pihak yang kononnya ingin menentang apa yang mereka namakan 'scam' yang disandarkan kepada peruntukan syarak iaitu poligami lalu mereka panggil 'scam poligami'. Slogannya macam ingin menentang suami yang tidak ikut peraturan tetapi kelihatan halatujunya cuba menjadikan poligami sebagai konotasi buruk dalam kehidupan.  Aliran seperti itu amat bahaya. Mereka cuba berlapik bagi menjaga sensitiviti Umat Islam, tetapi dalam kempen mereka ada racun ...